Wednesday, June 30, 2010

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada pasangan baru

adik kepada abe ku, merangkap adik ipar ku lah, diijabkabulkan dengan pasangannya pada 6 hb Jun 2010. baru sampai sehari di kampung, terus 'belaghok' gi Terengganu, rumah pengantin perempuan. akad nikah di masjid dan kepak2 kepong2, acara bersanding, bergambar, mengenal menantu dan pelbagai lagi lah.

majlis menyambut menantu pulak pada 12 hb Jun 2010. chef-chef untuk juadah hari itu didatangkan khas daripada kuala tiga, tanah merah, hihi, khusus untuk mengepalai aktiviti masak-memasak (orang tempatan tok berapa reti nk handle bigwork nih). mereka juga telah di 'book' untuk perkahwinan akan datang (ramai lagi yg dok bersendirian dan tgh angau).


p/s: terima kasih tk terhingga kepada Mek and the gang dari kuala tiga, wok, kak zan, kak chik n najihah dari pahang, esoh (oghe penting majlis tu), kaum keluarga, sahabat handai serta orang kampung yg bersama2 bergotong royong memastikan majlis berjalan lancar. hingga jumpa lagi majlis akan datang

Sunday, June 20, 2010

cuti sekolah vs walimatul urus

cuti sekolah dh habih buat masa ni. 2 minggu. i pun telah mengambil kesempatan untuk bercuti jugak sempena cuti sekolah tu. 2 minggu tu. lama betui.

dah sinonim dh, cuti sekolah, bekwah... cuti sikit, kenduri kendara. asal ada cuti sikit, ramai le plan nk makan nasi minyak. asal org kawin je, cuti sekolah. dh org kawin bermusim, org dpt baby pun bermusim la jugak ye. bukan ape. nak ambil peluang sanak saudara kaum keluarga turun padang la kot. masa tu boleh la depa cari celah bercuti jugak. betui dak?leh la semua berkumpul, mengeratkan silaturrahin. hmm..

bercakap pasal kenduri kendara ni, rumah i pun ada bekwah jugak. perkahwinan adik ipar. lama dh ternanti2, bila la agaknya nk ada kenduri kat rumah ni. suka buat kenduri, tambah2 kenduri kawin. i like. suka memang suka, tapi penat. kalau nk senang, bayar je kat katering, biar diorang buat semua. tapi tk seronok la. takde riuh rendah masa persiapan masak memasak. masa tu la nk dgr sedara mara, orang kampung bergelak ketawa, bergosip, kongsi petua2 nk memasak, resepi2, nk cari menantu, anak siapa yang ringan tulang dan sebagainya. ye idak?kelemahan katering lagi, makanan takut tk cukup. kalau janji sampai pukul 4 ptg, pukul 4 ptg lah dtg kutip dia punya alat2 dan sebagainya. i pernah pergi kenduri kawin. guna perkhidmatan katering. masa sampai sana, pihak katering tgh kutip bekas2 dia. maka kalut la tuan rumah menyalin makanan yg tk berapa berbaki tu. minum air je lah. malu wei kat org yg masih berduyun2 datang. baik lebihkan makanan daripada tk cukup. kalau lebih boleh buat apa2 yg patut lepas tu. kalau tk cukup, nk buat macamana?padan muka tahan malu la wei.

bukan nk memburukkan pihak katering ye. maaf la kalau ada yg terasa. untuk mengelakkan kejadian di atas berlaku, bajet betul2. berapa tetamu yg dijemput, makanan ape yg hendak di jamu, try dulu makanan nya. bajet tu penting, biar lebih2, jgn cukup2 pulak. kalau tk cukup bajet, buat simple2 je. setuju dak? tapi betul jugak. zaman sekarang dh berbeza ngan zaman dulu. zaman dulu2, satu kampung bergotong royong membuat persiapan kenduri. tapi sekarang, takde ketua nk lead gulai kawah, takde orang yg mahir bab masak memasak dlm kuantiti yg banyak. senang cerita, sediakan duit, order nk makan ape. done.

nk kawin sekarang byk pakai duit. katering tu satu hal. ni bab gift nk bagi kat tetamu ni, byk jugak bajet kat situ. macam2 sekarang org bagi. gula2, yasin, ma'surat, muffin, sapu tgn dan sebagainya. kalau dulu bagi telur je, tu pun kalau yg 'ngele' (bagi duit kat tuan rumah). kalau tk, tetamu tk dpt ape la. zaman sekarang, tetamu yg dtg tk balik dengan tgn kosong la. moral of the story kat sini, sediakan simpanan sebelum kawin.hihi. tentang barang hantaran tu, boleh la mintak sponsor kat adik beradik. ye dak?susah2, akad nikah je. buat yg wajib je.

panjang pulak celoteh kali ni. saja nk replace 2 minggu tk online.