Thursday, September 22, 2016

Kabhi Alvida Na Kehna

Assalamualaikum wrt wbt

Selamat bertemu kembali di alam maya ini. Alhamdulillah, masih di beri kesempatan dan kesihatan untuk berpijak di bumi nyata ini. tersangat lama tidak menjenguk page sendiri. hari ini secara tidak sengaja nampak blog sendiri semasa melawat blog lain.

Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. hari terakhir untuk minggu kuliah semester ini (sem jun - okt 2016). minggu depan sudah minggu ulangkaji. semoga berjaya semua untuk pelajar2 sekalian. 2016, tahun kedua berada di kampus baru. Selama itu lah juga aku telah berulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang jaraknya lebih kurang 1 jam perjalanan dengan kereta. semoga diberi kekuatan untuk mengharungi perjalanan ini setiap hari.