Sunday, December 4, 2011

Hi Tea dan MPG @ Syuen Hotel

Untuk pertama kalinya saya menghadiri Majlis Pra Graduan (MPG) pelajar degree fakulti Perakaunan. Tahun2 sudah tidak berkesempatan. lebih2 lagi semester ini saya memegang 2 kelas pelajar degree tahun akhir, kumpulan 8B dan 8C. jadi saya rasa nak celebrate bersama2 mereka majlis yang mungkin menjadi majlis terakhir mereka sebagai pelajar ijazah sarjana muda perakaunan.

Majlis Pra Graduan adalah aktiviti semester-an yang diadakan khas untuk meraikan pelajar2 yg akan tamat belajar aka pelajar semester akhir ijazah perakaunan (part 8) .makanya, setiap semester memang kena adalah majlis ni. selalunya MPG ni untuk dinner, tp kali ni organizer anjurkan dalm bentuk hi tea. Butiran program:

tarikh: 4 Disember 2011
tempat: hotel syuen Ipoh
masa: 2.30 - 5.30 ptg
organizer: student part 8C (siti hajar n da geng)

dalm banyak2 aktiviti yang dibuat semasa majlis tu, saya amat tersentuh hati semasa geng 8C menyanyikan lagu (lupa tajuk lagu). bait2 lirik lagu tu sungguh terasa di hati dan tidak semena2 saya teringat zaman masa saya jadi pelajar semester akhir di UIA. so touching (hampir2 keluar air mata..seriously) dan saya rasa kalau saya berada di tempat mereka, apabila saja lagu tu berakhir, saya akan memeluk kawan2 sambil menangis. mana taknya, hampir 5 tahun belajar bersama2, banyak kenangan pahit manis diharungi bersama.

satu lagi yg amat menyentuh hati saya apabila semua pelajar berdiri sambil menyayikan lagu Kau Ilhamku nyanyian Man Bai sebagai ucapan terima kasih kepada pendidik yg tak pernah jemu membantu, memberi semangat kepada mereka di dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar. terima kasih kembali.

kepada semua pelajar, terutamanya yg pernah berada dalam kelas saya semenjak diploma lagi, terima kasih di atas kerjasama yg diberikan. semoga awak semua berjaya di dalam apa jua bidang yg diceburi. saya halalkan secebis ilmu yg kita kongsi bersama, semoga ianya membawa berkat di mana jua kita berada. ameen

p/s: terima kasih kepada geng hajar, cikin, eyno, fairuz, dalilah di atas pemberian coklat ladybug yg sungguh kiut miut itu. terima kasih jua kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini

No comments: