Wednesday, November 3, 2010

90 hari untuk ibu

lambat post.. hehe.


poster masa kempen hari tu

entri sebelum ni ada kaitan dengan entri ini. klik sini.

akhirnya, bajet meluluskan cuti tidak lebih 90 hari untuk ibu yang berpantang bermula tahun depan tetapi tidak melebihi 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. bermakna, boleh bersalin 3 kali je sepanjang tempoh perkhidmatan kalau nk guna maksima cuti 90 hari setiap kali bersalin.

hmm..tu maknya. bapaknya plak camne? masih seminggu lagi ke? kalau yang masih ada lagi mak2 yang nk 'caro', tkpelah. mak sendiri, mak mertua. makan minum budak2, bapak dia. nak kemas rumah. yang tkde orang tua yg nk tolong cmne? pendek kata cuti 90 hari tu cuti kerja makan gaji je la. kerja rumah jalan macam biasa.

pandai2 la berdikari. duduk berbincang dengan suami. masing2 tolong menolong. kesihatan diri ibu tu penting. jangan plak mentang cuti 90 hari, hari ke 41 dah keluar pi jalan2 makan angin. boring la katakan dok rumah 40 hari (memang boring pun..hehe). hari ke 41 ok lagi. ada yang hari ni beranak, esok bawak keta dh. Allahuakbar. jangan wei, jangan. ada kesan tua nanti.

jadi, pandai2 la guna kemudahan 90 hari yang diberikan tu. mak sihat, anak sihat, keluarga sihat, nk masuk kerja pun bersemangat. tak gitu?

p/s: kena ambik peluang ni tahun depan. InsyaAllah.

No comments: