Wednesday, November 3, 2010

merdeka vs stress

sedang khusyuk marking paper, terdengar jeritan kat bawah. ingatkan ada something bad happens, rupa2nya students baru keluar dewan peperiksaan, students lelaki menjerit sesama mereka. semua nampak senyum sampai ke gigi. agaknya dh merdeka la tu..kot. bahagianye rasa kalau dh habih final. teringat masa dulu2. tk boleh nk gambarkan perasaan selepas habisnya paper akhir final semester. hanya Allah yang tahu. aku senyum sendiri tengok gelagat mereka. ada yang bersalaman berpelukan. ada yang keluar dewan, menjerit sambil angkat tangan. ada yang tak sabar nk balik bilik, nk pack barang nak balik kampung. dan yang pasti, mesti ada yang plan nk ber'ronggeng' dulu sebelum balik. betul tak?bukan berronggeng yg tu. berronggeng kat sini maknanya, jalan2 la. jalan2 ipoh ke. nk release tension kata kan. macam aku dulu jugak. dok sehari dua kat asrama. jalan habis2san, baru balik kampung. alangkah bahagianya rasa.

mungkin dalam ramai2 students tadi, ada yang masih belum betul2 'merdeka'. mungkin masih ada paper yg belum dijawab. entah esok, entah lusa, ada lagi exam. takpe. masa untuk mereka masih ada. macam aku jugak sekarang ni. tengah pulun marking paper nih. tension mereka dh habis. sekarang tension kami datang. "Ya Allah,  permudahkan lah urusan kami. amiin".

barang harus diingat wahai pelajar2 sekalian. merdeka2 jugak. jangan dilupakan terus apa yang ada di dalam dada anda2 sekalian.

No comments: