Tuesday, August 17, 2010

Semalam Hari ini Esok

Masa yang diperuntukkan untuk kita di dunia ini ada 3 sahaja: SEMALAM, HARI INI DAN ESOK.ya, memang benar. SEMALAM sudah berlalu, ESOK belum tentu lagi. yang tinggal untuk kita adalah HARI INI.
Maka gunakanlah masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memang rasanya kita ingin hidup lama lagi, seribu tahun, dua ribu tahun, semuanya mahu, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui makna di sebalik hidup atau mati. Ada orang dicepatkan dan ada orang ditangguhkannya, tidak pula kita tahu apakah hikmat dipercepatkan dan dipertangguhkan. Yang tampak zahirnya jika dipanjangkan umur adalah supaya kita dapat menambahkan amalan, atau jika dipendekkan umur supaya kita jangan tambah buat maksiat.
Tapi kadang-kadang ramai orang menangguh-nangguh untuk berbuat ibadat sebab dia rasa masa untuk dia hidup masih lama lagi. tidak diketahuinya bahawa mati itu antara pejam dan celik, waktu ia celikkan mata, bimbang tak sempat pejam dan waktu nak pejamkan mata bimbang tak sempat nak celik. Mati mencelah antara pejam dan celik.
Nafaspun begitu, nafas tadi dah tak ada, nafas sekarang je yang ada, nafas yang sekejap lagi belum pasti dapat ditarik atau dilepas. Jadi nafas yang ada pada kita sekarang itulah nafas yang kita ada.

Tapi kadang-kadang bila tengok cermin rasa-rasa lambat lagi mati. Muka masih merah, doktor pula kata; "Awak tak sakit". Terbayanglah kita bahawa kita lambat lagi mati. Ada pula yang kata; "Saya tak pernah minta pun lahir ke dunia ini". Itu sombong namanya.
(xxxxxxxx)
Maka, bersempena bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah ini, mari lah kita sama2 muhasabah diri. Merebut peluang yang ada HARI INI kerana belum tentu ESOK masih ada untuk kita. kalau terasa bekalan akhirat belum berat neracanya, eloklah tambahkan timbangannya pada bulan yang mulia ini. bulan yang digandakan ganjaran setiap amalan melebihi bulan2 selainnya. dan teruskan amalan sekiranya masih ada ESOK untuk kita.

p/s: peringatan untuk diri sendiri

No comments: