Thursday, September 2, 2010

Datang dan Pergi

hari ini hari yang ke 24 Ramadhan. Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Allahu Akbar. perasaan sedih ada, gembira pun ada. sedih kerana bulan yang di dalamnya penuh dengan pahala dan ganjaran akan berlalu pergi. gembira kerana akan tibanya Syawal yang dinanti2. itulah kita. umat Islam di zaman ini. alhamdulillah sekiranya masih ada sekelumit perasaan hiba apabila berlalu nya Ramadhan. hiba bukan kerana tidak lagi dpt melihat bazaar2 Ramadhan. tetapi hiba kerana tidak lagi dapat mengaut semaksimum mungkin ganjaran yang dijanjikan Allah SWT. tetapi kita rata2nya tidak begitu. malah asyik menghitung hari bila Ramadhan akan pergi. nak dibandingkan dengan puasa mereka, umat terdahulu, jauh benar perbezaannya. Ramadhan mereka penuh dengan amal ibadat semata2 kerana Allah, perginya Ramadhan ditangisi. KITA???

semoga dipertemukan lagi Ramadhan akan datang.

p/s: sekadar peringatan  

No comments: