Tuesday, May 25, 2010

malam ni nak makan...hmmm

petang ni nk masak apa plak?hayya..i bab masak2 ni susah nk decide. sebab tak tahu nk masak apa (bukan tk reti, tp dh boring, sume resepi dh try.hehe). tanya abe pun, dia jawab "ikut lah, i makan je ape2 pun". tu yg maleh nk tanya dia tuh. hmm..bagus jugak dapat life-partner macam dia. yelah, mkn tk memilih. semua makan, tolak batu n kayu je. ok. the entry today  focus specifically on night-meal (dinner + supper la). you know what?we skip heavy meal at night (nasi la tu) for own good. so far, asyik biskut cicah air teh/kopi/nescafe. abe pulak, kadang2 mkn oat+susu+kismis. kids of course makan nasi la. sampai satu tahap, tiba-tiba abe berkata, "make sekut cicoh air sokmo". hehe. oleh kerana itu, i pun googled lah. suddenly, i found recipe on how to make karipap (credit to myresipi.com) . hmm, ok gak kalau buat karipap. maka dengan semangat berkobar2, balik keje, i beli gandum (bahan2 lain dh ada). bertungkus lumus la menguli doh dan masak sardin. dlm resepi, inti dia lain. i tukar inti jadi inti sardin. boleh la dalam 20 - 30 biji karipap/sardin gulung. menjadi jugak cobaan pertama i. so-so la for the first try.

macam pisang goreng je karipap aku nih


tu karipap. hari sebelum tu tau tak i masak ape?i buat tepung pelita. pernah makan/dengar tepung pelita?. tgk gambar kat bawah ni. kuih ni i blaja drpd mom-in-law. dulu2 buat menjadi. tp yg baru ni mcm tk menjadi.hehe.silap bubuh tepung beras byk.keras dn pahit jadinya. tp ketidakbest-an telah di cover dgn rasa gula cair kat bahagian bawah dan juga santan di bahagian atas. byk juga i buat. 10 bekas kalau tk silap. sekarang ni pun ada lg dlm peti.hehe.tk sempat nk mkn. byk mknn lain lagi. balik ni baru nk perabih.


tepung pelita

semalam pulak, i try resepi baru lagi. yg ni utk lunch. saja ubah selera. i masak ayam padprik. asyik makan padprik kat kedai je. ape kata buat sendiri. boleh tahan jugak rasanya. adik ipar siap amik resepi lg dr i. dia tanya cmne resepi padprik ni, sup pun dia tanya i cmne nk buat. sup i resepi ori tau. tk guna pun sup bunjut tu. apa yg i taruk?alaa.. guna bunga lawang, kayu manis ngan pelaga hindi je. i rasa la (tk tahu la org lain), yg ni lagi sedap drpd guna sup bunjut tu. tak caya acu cuba try test. tmbah lg perah asam limau, daun sup, bawang goreng ngan cili. slurrppp. hirup dia je pun sodap. apatah lg mkn dengan mi/bihun/kue tiau.

ala-ala nasi goreng USA


nk masak ape plak karang?yet to be decided. to be continued.

yeayy. i managed to cook 'bihun soto' this evening (menjadi jugak). 2 hari boleh makan tu. i buat byk. ingat weekend ni nk buat lg sebab rempah2 dia ade lg dlm peti (lebihan masa buat hari tu). sedap sehingga menjilat jari. kids n abe pun suka.

sedapnya nampak pengat pisang nih


p/s: nk masak yg simple2 je kalau boleh.kalau dh kena blend, kena bubuh santan, tu dh kira susah dh tu.hehe. sebab tu sup sayur/ayam/daging is among the top list in my menu for weekend. simple n easy n best too.hehe

2 comments:

Wan Roslini Wan Ali said...

rajin teh masok....pade lah make sekut cicoh air sokmo...hahaha

kakwe said...

teko rajin..mentidak..sekut cicoh air la jawab dia..kei nk kurus..