Tuesday, July 27, 2010

sebelum Ramadhan

bulan Rejab dah melabuhkan tirainya. malam tadi berlalunya Nisfu Sya'aban. kurang lebih 2 minggu lagi, datangnya Ramadhan al-mubarak. 3 bulan Islam yang amat ditunggu2 oleh umat islam seluruh dunia. masuknya Rejab, hati dan perasaan dh lain rasanya. gembira, sedih, seronok, tertunggu2, datang silih berganti. Masuknya Sya'ban, keseronokan makin bertambah2. alangkah baiknya sekiranya keseronokan itu adalah keseronokan untuk menambahkan amal ibadat kepadaNya. 2 bulan ini adalah masa yang terbaik untuk membuat persiapan, membina jati diri, membersihkan hati, sebelum datangnya Ramadan nanti.



 

Menurut riwayat muktabar, hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. maka seelok-eloknya, kita tutup buku kita dengan perkara baik, perbaiki niat di hati dan mulakan buku baru juga dengan perkara yang baik. banyak amal ibadah yang digalakkan pada malam tersebut. antaranya, solat sunat, baca surah Yasin, istighfar dan sebagainya. alangkah beruntungya bagi mereka yang tiada keuzuran untuk mengamalkan amalan2 tersebut. namun, tiada alasan bagi mereka yg mempunyai 'keuzuran syar'ie' (bagi kaum wanita) untuk turut serta menghidupkan mlm nisfu Sya'ban. beristighfar dan berselawatlah ke atas Rasulullah SAW sebanyak mungkin. mudah-mudahan diterima Allah SWT.

p/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri.

No comments: