Wednesday, September 9, 2009

waiting for Lailatul Qadr

such a quite long break for blogging. hmm..

cepatnya masa berlalu.sedar tak sedar..hari ini hari yang ke 20 umat Islam berpuasa. dan malam ini bermulalah malam yang ditunggu2 oleh mereka yang berkehendakkannya. satu malam yg lebih baik dr 1000 bulan. malam yg dipanggil lailatul qadr..laila bermaksud malam, dan qadr membawa maksud nilai, mulia dan ketentuan.

Lailatul Qadr bermaksud malam bernilai atau malam mulia. Ini kerana pada malam inilah diturunkan al-Quran yang mulia dan tinggi nilainya. Sebab itulah sesiapa yang yang beribadah bertepatan dengan malam tersebut nilainya lebih baik dari seribu bulan atau 83 tahun 4 bulan. Sesungguhnya bertuahlah mereka yang menempuhi malam ini dengan beramal ibadah sepenuhnya kerana akan memperoleh ganjaran beribadah seribu bulan. Anugerah Allah S.W.T ini hanya dikurniakan kepada mereka yang taat beribadah dari kalangan umat Nabi Muhammad sahaja tidak pada umat yang lain, sebagaimana sabda Rasul s.a.w. bermaksud :

“Malam al-Qadr itu hanya dikurniakan Allah kepada umatku dan tidak kepada umat yang lain”.

p/s: sekadar tazkirah


No comments: