Thursday, October 15, 2009

Jamuan raya lagi..

alhamdulillah.rezeki dtg lg. kali ni ada jamuan raya kat tempat kerja. jamuan raya tahun ni bajet untk staf shj. berbeza dgn tahun lepas, students pun turut serta. tahun sudah, tk sempat nk merasa semua mknn. almaklumlah, tk nmpk rupa gerai, dipenuhi dgn lautan manusia. masa tu cuma sempat bwk balik dan makan laksa (my favorite tu), bihun sup je (klik sini utk posting pasal jamuan raya tahun lepas) . tp tahun ni, rasa lenang sikit, tk crowded sgt. so, sempat merasa lontong, sate, buahan, air cendol, laksa dan bihun sup (siap bwk balik blik lg). puas hati. tahun lepas tk tahu pun fakulti aku hidang ape utk jamuan. tp tahun ni, kami served lemang n rendang ala minang. home-made tau. specially made by our own staff. air tgn sendiri la tu. rendang je..hehe..lemang, tempah.

terdapat 19 gerai semuanya. macam2 mknn mereka sediakan. masa nk promote gerai masing, siap berpantun lg. caya la staff kat sini, pandai berpantun mantun, doktor pun pantun jugak. mentang2 lah doktor, pantun pun berkaitan dgn perubatan..hehehe..lawak sungguh diorang ni. aku sertakan di sini antara pantun untuk mempromosi juadah masing2 (direka khas oleh staff2):


isi labu bersama bayam
dimasak lemak siudang kering
nasi kerabu berlaukkan ayam
sungguh enak tidak tertanding


Lemak dan kolestrol punca penyakit
Pulak tu senaman jarang-jarang sekali
Jangan asyik lemang,satay,baulu mahupun kuih bangkit
Moh makan bubur perak ,boleh tambah berkali-kali


Eh..eh..pandainye kata kat orang
Belum tengok kat koner kami lagi
Hidangan enak dan penyeri diri
Hidangan roti jala untuk semua orang
Kuah durian dan kari ayam menjilat jari
Sudi-sudi le bertandang takkan rugi....
Heeee...heee...Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

Pelbagai makanan telah dipromosikan
Rasa nak makan tak terkawal lagi
Nasi lemak raya, Keselamatan hidangkan
Dijamin tidak berkolestrol tinggi........................................mari..mari..mari


Cek ni wakil dari gerai FPTP
Dari tadi senyap sekarang nak mencelah
Jemputlah semua wahai pensyarah, KP...PK dan TP...
Mai pekena bihun sup kedah...


KUEH CUCUR BADAK BERINTI KELAPA,
DIHIDANG OLEH PERPUSTAKAAN DAN ILQAM,
KUEH TRADISI JANGAN DILUPA,
DI JAMIN HABIS ORANG MENERKAM.


Guruh di langit hujan nak turun
Bergembira sakan si anak katak
Cendol Bendahari resipi temurun
kalau tak merasa meranalah tekak

juadah satay di gerai satu
gerai lain apa kurangnya
nasi kerabu di gerai akhir
pasti berselera segala tetamu
menadah tangan pada yang Satu
tanda bersukur atas rahmatNya
gaut dan kencing manis jgn khuatir
unit kesihatan sedia membantu


Cuci tangan sebelum makan
Tutup mulut bila batuk
Jangan di'balun' semua makanan
nanti kenyang, cepat mengantuk

Ubat batuk dan ubat asma
Tak lupa jugak ubat resdung
Mari berdoa bersama-sama
Agar ILI dapat dibendung

p/s: pantun dipetik dari email staff


No comments: