Monday, October 5, 2009

rumah terbuka @ taska anys

hari ini adalah hari raya yg ke 16. masih lg dlm bulan syawal. jadi, masih ada ruang untuk mengadakan majlis 'rumah terbuka'.

taska anys, tempat yg aku tinggalkan anak2 aku setiap hari pada hari bekerja telah 'membuka rumahnya' pada bulan syawal ini untuk majlis makan2. kami 4 beranak tidak melepaskan peluang untuk sesi makan2 memandangkan ini adalah rumah terbuka pertama yg kami hadiri di sini, di bandar universiti tronoh. majlis tersebut diadakan pd malam hari raya ke 14. mereka yg dijemput sudah semestinya lah ibu bapa dan anak2 di bawah jagaan nya. antara makanan yg dihidangkan ialah: bihun sup (main dish i guessed), roti jala, ayam bakar, jagung bakar, biskut2 dan kuih muih, air mango. (sate n nasi himpit kuah kacang tkde ke?heheh). macam mknn hari biasa je. lemang, rendang pun tkde (eh,eh..demand le plak aku ni..heheh).macam la aku suka makan lemang n rendang. tp, terima kasih banyak la sebab sudi jemput datang rumah (ami n ilham siap dapat duit raya lg).

bercakap tentang rumah terbuka, kat kampung aku, tradisi rumah terbuka ni tak diamalkan sangat. jarang dgr ada rumah terbuka kat kg (zaman dulu kala la). malah rumah ma we aku sendiri, ada rumah terbuka, tp pada hari raya pertama la..hehehe..memang kami ada sediakan makanan istimewa untuk mereka yg dtg pada hari tu. kalau hari raya pertama, tak perlu nk dijemput supaya dtg rumah. hari lain bukan tk boleh dtg. rumah kami memang sentiasa 'terbuka' untuk tetamu dtg, tp kalau diwar2kan sebagai 'open house', maknanya byk la mknn yg disediakan, betul tak?

kat sini terasa jugak aku nk buat rumah terbuka. tp mungkin tidak tahun ini. mungkin tahun2 yg akan datang, insyaAllah. sebenarnya dh ada dh menu dlm kepala ni, nk hidang apa. kalau boleh, semua aku nk buat sendiri (ambitious tu). insyaAllah, kalau aku ada rezeki, dpt tukar balik kg, dok rumah sendiri, aku nk buat jugak 'open house' kat kg. jemput org kg dtg rumah. ye la..aku pun dh boleh dikira dewasa (dewasa kah aku, ke dh jd org tua?..hehe). maksud aku, dh berkeluarga la, dh ada kehidupan sendiri, boleh buat apa yg aku rasa baik (dgn restu suami la).hmm..lmbt lagi kah masa itu?

p/s: im waiting for the next 'open house' on the day after tomorrow and jamuan raya the day after.

No comments: